First Time^_^

Assalamualaikum n hye2..=)..ok la nak cerita 2 minggu lps umie blik kampung ziarah nenek n opah atok umie n nak ziarah oyang umie yg tgh uzur..

Umie n family kt sne about 3 days,jumaat mlm bertolak ke umah opah kat sabak bernam,then tomorrow nye,after zohor pegi umah nenek lak kat sg.sumun,perak.So da alang2 blik kampung 2,umie amek la peluang tuk menge’shoot’..ahaks..=P

First time nieyh,hoho..sgt2 mentah lg bab2 fotografi okeyh,so dgn pengetahuan yg amat cetek n buat pertama kali nya mencuba okeyh..gambar2 yg diambil semua sekadar mencuba2..belajar sendiri je dulu,huhu sadis btol,ahaks..nk wt cmne..dgn kekangan masa,yela balik kje pun smpai umah malam,balik2 terus penat dan bum..tido dah x igt apa dah..so utk smntre waktu nie,umie cbe study sndri dlu n try2 sendiri dlu,so ble dah tw n mahir sket dgn bnde2 asas fotog nie so then umie akan belajar lebih lg dgn yg pakar2..=)

Gambar2 semua..huhuh..hampeh..xtw cmne nk ckp,hoho..gabra kot coz first time kan..but umie x lah kecewa sbb tw kemampuan dri takat mne..^_^..xpe bermula dr bawah dlu okeyh umie ^_^v  Then umie cbe try edit gambar-gambar tuh,umie saja2 nak try edit teknik black white+sephia tone,n main dgn dia punye adjustment,x tw lah nk ckp cmne hasilnye,x cantik lah,tapi i’m just try..so lyn je lah ek pic2 kt bwh nie..nk komen pun bleh,sgt2 dialukan..^_^

Location:Jeti Hutan Melintang,Perak

4 copy

3 copy

5 copy

6 copy

Location:Rumah nenek.Sungai Sumun,Perak.

7 copy

8 copy

Location:Rumah opah,Sabak Bernam,Selangor.

9 copy

10 copy

11 copy

And..last but not least,muahaha..okeyh dat guy is my cousin aka driver,ahaks=P..seb bek time tuh dia rajin nk bwk ktorg jenjalan,hoho lw x xde lah ea ktorg nk kua ngeshoot bagai,yg x bestnye mlm 2 ktorg igt nk g teluk intan tp cancel lah plak..coz nk tgk oyang ku yg skit,uhuu~

12 copy

Okey lah,till then..bye2..ilalliqa’,assalamualaikum..^_^

p/s:aiyoo,x kena lah gmbar arnab2 tuh n gmbar ktorg kt ats wt edit hat cmtuh,bruk lak nengok,huhu..act,byk lg gmbo tp x larat lah nk upload byk2,bukan lawo mne pun=P



Read Users' Comments ( 1 )

Assalamualaikum..hye,curik mse update blog jap,da lme gler x update bkn sbb mls,tp sbb xde mud nk berblog..sedih tolT_T
hye dunia nie kjam kew atau org2 nye yg kejam..T_T..sabar jew la hati nie kan..diperbodohkan,dibenci,dilupakan,dipinggirkan,x dihargai,x di jaga,x disayangi,di hentam,di lanyak n so on..

Dalam pd diri ni cuba tuk tabah hdapai semua dugaan hidup,masih terselit jugak dugaan lain..dlm pd hati nie cuba tuk kuat hadapi kepedihan demi kepedihan,ad terselit jgk cubaan lain..T_T

Ok lah straight to the point,lately,rse sakit kt bhgian dada makin menjadi-jadi,x tau nk cte cmne skit nye,tp ad la satu time 2 kan,baru2 nie jgk la,umi dikejutkan dgn bunyi anjing menyalak time itu blik dr kje..fuh,mse terkejut 2 dye pnye skit kt bhgian dada x tw lah nk ckp cmne..skit yg amat dalam..but i'm not sure kt mana o apa yg skit 2 yg umi tw,kt dlm dada 2 sakit gle..



ha lbih kurg cmni lah reaksi time skit 2,heh

Tadi tbe2 tergerak nk research psl simptom2 sakit dada nie..then,..ha bce lah kt bwh nie..
Sakit dada – sila ambil peduli
Pernahkah anda sakit dada? Adakah ia teramat sakit sehingga anda tidak mampu untuk bernafas atau bergerak? Bagaimanakah perasaan anda sewaktu mengalami sakit dada?

Apakah yang anda lakukan bagi mengurangkan kesakitan dada anda? Adakah anda panik pada ketika itu? Adakah anda terfikir bahawa apa yang anda alami ketika ini ialah serangan jantung atau penyakit jantung koronari? Sebahagian daripada kita lebih mengenalinya sebagai heart attack.

Pernahkah seseorang mengadu sakit dada kepada anda? Apakah tindakan segera anda?

Simptom sakit dada adalah di antara sebab utama pesakit datang ke hospital (Jabatan Kecemasan) untuk mendapatkan rawatan.

Di Jabatan Kecemasan, pesakit yang mengadu sakit dada kemungkinan dikategorikan sebagai pesakit zon merah atau zon kuning bergantung kepada tahap teruknya kesakitan yang dialami.

Pesakit zon merah dianggap pesakit kritikal sementara pesakit zon kuning dianggap separuh kritikal.

Ini menunjukkan sakit dada adalah simptom atau penyakit yang serius dan mempunyai potensi menjadi bertambah teruk atau menyebabkan kematian. Doktor akan memeriksa dan merawat pesakit kategori ini dengan segera.

Kategori

Secara mudah, punca sakit dada dibahagikan kepada 2 kategori:

1) kardio-pulmonari (jantung dan paru-paru)

2) bukan kardio-pulmonari (berpunca daripada otot dada, salur penghadaman dan lain-lain).

Sakit dada berpunca daripada masalah kardio-pulmonari adalah lebih serius. Kegagalan untuk mengenal pasti perkara tersebut boleh mengakibatkan organ jantung gagal berfungsi atau berlakunya kematian mengejut.

Oleh itu, telah menjadi kewajipan bagi seorang doktor untuk memastikan bahawa sakit dada anda bukannya berpunca daripada masalah jantung atau secara khususnya bukan berpunca dari penyakit jantung koronari.

Bila seseorang mengalami sakit dada atau mati mengejut, kebarangkalian besar ia berpunca daripada penyakit kardiovaskular atau jantung.

Ia diterjemahkan sedemikian berdasarkan statistik punca utama kematian dan kemasukan hospital di Malaysia dan di dunia.

Kebarangkalian mendapat serangan jantung adalah lebih tinggi sekiranya pesakit sudah disahkan oleh doktor mempunyai masalah jantung atau mempunyai faktor-faktor risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koronari.

Punca sakit dada disebabkan oleh penyakit kardio-pulmonari yang serius melibatkan:

1. Penyakit jantung koronari atau serangan jantung (heart attack)

2. Salur darah utama terkoyak (aortic dissection)

3. Keradangan jantung (pericarditis/myocarditis)

4. Pendarahan dalam jantung dan paru-paru (cardiac tamponade/hemothorax)

5. Kegagalan fungsi paru-paru (pneumothorax atau pulmonary embolism)

Koronari

Penyakit jantung koronari secara amnya disebabkan oleh pengurangan atau tiada aliran darah yang membawa oksigen ke jantung.

Tanpa oksigen yang cukup, otot jantung akan cedera atau mati. Jantung yang cedera atau mati mengakibatkan kematian melalui tiga cara:

1) Kematian mengejut disebabkan oleh rentak jantung yang tidak normal

2) Kegagalan otot jantung mengepam darah ke seluruh tubuh badan

3) Kegagalan mekanikal disebabkan injap rosak atau dinding jantung terkoyak.

Kajian kes kematian akibat penyakit jantung koronari di Amerika Syarikat (AS) pada 1994 menunjukkan 52 peratus pesakit meninggal dunia di tempat kejadian, lapan peratus meninggal dunia dalam jangka masa 24 jam, 19 peratus meninggal dunia dalam jangka masa 48 jam dan 21 peratus lagi meninggal dunia dalam jangka masa 30 hari.

Apa yang dapat disimpulkan kadar kematian penyakit jantung koronari adalah tinggi dan kebanyakan daripada mangsa meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital.

Andai di AS yang terkenal dengan tahap pendidikan dan kemudahan kesihatan yang tinggi dan canggih, apakah kebarangkalian kematian pesakit jantung koronari di negara kita sebelum tiba di hospital?

Ada beberapa postulasi kenapa kadar kematian di luar hospital adalah tinggi. Di antaranya ialah kegagalan mengenal pasti simptom sakit jantung, kelewatan meminta bantuan atau kelewatan memberi rawatan awal seperti rawatan renjatan elektrik (defibrilasi) dan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Apakah simptom atau manifestasi awal penyakit jantung koronari? Sakit dada semasa rehat atau ketika menjalankan tugas, riadah atau aktiviti adalah antara manifestasi awal.

Ianya sakit yang teramat dan mencemaskan. Ada di antara para pesakit menyatakan ia seumpama terputus nafas atau hampir mati, dada seperti hampir pecah atau seumpama seekor gajah menghempap dada mereka.

Ciri sakit dada penyakit jantung koronari termasuk ketat dada, terbakar dada, tekanan dalam dada, terbakar dalam dada, ketidakselesaan yang teramat dan cengkaman kuat di dalam dada selama lebih dua minit.

Sakit dada penyakit jantung koronari bertambah jika pesakit meneruskan aktiviti atau stres dan ianya berkurangan atau hilang bila pesakit berehat atau menggunakan ubat pengembangan salur darah (GTN) di bawah lidah.

Kadang-kala sakit dada ini dapat dirasa pada bahu, leher, tekak dan tangan. Pesakit juga mungkin berasa susah hendak bernafas, berdebar, pening loya, muntah dan berpeluh.

Ianya adalah suatu pengalaman yang mengerikan. Jika anda mengalami sakit dada selama lebih dari 10 minit semasa rehat, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Tindakan pantas

Apakah yang perlu anda lakukan bila saudara atau rakan anda mengadu sakit dada seperti yang diutarakan di atas?

Anda perlu yakin bahawa ianya adalah disebabkan oleh penyakit jantung koronari. Tindakan pantas anda mendail talian kecemasan 999 untuk mendapatkan perkhidmatan hospital atau segera menghantar pesakit ke hospital berhampiran berkemungkinan akan menyelamatkan nyawa atau mencegah kemusnahan otot jantung pesakit.

Buatlah panggilan secara efektif. Bertenang dan bernafas dengan betul. Jangan tergesa-gesa bila bercakap.

Kenalkan diri anda dan terangkan keadaan pesakit. Jangan lupa memberitahu lokasi anda dengan tepat.

Elakkan membuat panggilan sia-sia kepada kaum kerabat atau berbincang dengan doktor persendirian pesakit.

Masa adalah amat penting dalam rawatan penyakit jantung koronari. Kemusnahan otot jantung makin bertambah setiap minit sehingga aliran darah koronari kembali mengalir dengan efektif.

Tenangkan perasaan dan dudukkan pesakit dalam posisi rehat. Ini mungkin akan mengurangkan kesakitan pesakit.

Tunggu bersama pesakit sehingga bantuan tiba. Kemungkinan pesakit akan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas dan anda harus melakukan CPR.

Adalah menjadi harapan penulis di masa hadapan setiap kes sakit dada dinilai dan dirawat oleh kakitangan perubatan terlatih yang membawa peralatan dan ubat-ubatan lengkap ke tempat kejadian. Penulis percaya ianya mampu mengurangkan kadar kematian penyakit jantung koronari.

Setibanya di Jabatan Kecemasan, pesakit akan diperiksa oleh doktor. Elektrokardiografi (ECG) akan dilakukan untuk mengenal pasti punca sakit dada dan kategori penyakit jantung koronari.

Hasil keputusan ini membantu doktor memberi rawatan yang tepat kepada pesakit. Ubat-ubatan yang akan diberi kepada pesakit ini termasuk oksigen, aspirin, plavix, GTN, morfin, heparin, streptokinase dan lain-lain.

Pakar jantung akan melakukan Intervensi Jantung Primer (Primary Coronary Intervention) atau pembedahan jika keadaan amat memerlukan.

Kesimpulannya, penyakit jantung koronari adalah pembunuh utama masyarakat Malaysia. Ia mampu dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat – makanan seimbang, melakukan senaman sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali seminggu, tidak merokok atau mengambil alkohol, dan juga selalu berdoa kepada tuhan.

Sila ambil peduli jika anda, ahli keluarga atau rakan anda mengalami sakit dada. Bertindaklah sewajarnya kerana anda mampu menyelamatkan nyawa anda sendiri dan mereka yang tersayang. Allahualam.

~ Dr Rashidi Ahmad (Utusan)

Ok dah faham?n umi terkejut sgt..coz sume yg dye ckp 2 sume nye mmg kne pd umi..T_T..but ble umi pegi check


Read Users' Comments ( 0 )

Lagi design hebat

Assalamualaikum n hye to all ^_^
Yup more great design lg dat i found n nk share lah kt cni.Kat bwh skali tu link website dye ok,spe nk tgk g tgk cpat,hehe,sbb best sgt website dye coz bkn just graphic design jew ad kt ctu,mcm2 lagi yg berkait dgn bidang2 creative nie..^_^,so,jom check it out!







http://www.everycreative.com/Default.aspx


Read Users' Comments ( 0 )

Wow!

Assalamualaikum n hye ^_^.As i'm doing my research n i'm going through many website,explore n explore lg,n dlm duk menelaah pljrn a.k.a menelaah design ^_^,i terjumpa la dgn stu website nie n dorg nyer gambar2,design2 dorg,mmg style hbes r..serius ok i tell u,huhu.And i wanna share with all a few of designs dat mencuri hati sy utk trus duk ngadap Mac nie and tgk lg design2 dorg 2,huhu..









ok i lpe lah website dorg,tp awas,jgn igt gambar2 di atas nie sy yg wt ea,nope,huhu absolutely nope,sory again coz i'm really2 forgot website tuh ap nme dye.This for sharing editing2 yg best jew..^_^v..till then..salam:)


Read Users' Comments ( 0 )

Nadzir Crazeecauzaa

Assalamualaikum..hye,^_^,k nie ad lah 2 keping gambar yg baru siap edit,x lawa pun tapi just try je..^_^.Ok gambar tersebut adalah gamba kawan lama saya.Masa sekolah rendah dulu^_^.Dia minta edit gambar tuk dia.And sy pun tgh boring so bosan2 tu dapat lah siapkan nie.Saja buat lebih,sbb btol2 bosan x ada kerja skrg^_^.

To Nadzir,sorry if x puas hati o x suka,just tell me ok^_^.Weyh,ap mnde nye crazeecauza 2?trademark ko 2?huhu

37183_167618636595413_100000418323234_443398_6500774_nNADZIR edit2   NADZIR edit1



Read Users' Comments ( 0 )

Graphic Design

Salam n hye..kali ni nak kongsi serba sedikit tentang apa itu Graphic Design atau dalam bahasa melayu nya,Reka Bentuk Grafik.Memandangkan empunya diri ini baru setahun jagung dalam bidang ni,jadi terlalu banyak lagi yang perlu dan wajib untuk umie study and belajar,belajar,dan belajar.Do the reserach!byk kan utk bertanya dan berfikiran lebih luas,seluas-luas nya.haha^_^.Ok so nak kongsi sikit lah dgn semua.

Ok apa sebenarnya reka bentuk grafik nie ek?Reka Bentuk Grafik nie sbnrnya ialah satu bentuk komunikasi.Komunikasi mcm na?ok bukan dgn cara bercakap tp,ianya adalah dlm bentuk visual.Ia menggunakan teks,dan gambar.Apa fungsi dia pulak?Fungsi nya untuk menyampaikan maklumat atau pun mesej.Faham?Kira reka bentuk grafik ni salah satu cara lain utk kita smpaikan maklumat kpd org ramai x kira la maklumat berkenaan apa2 pun.Seni reka bentuk grafik ni merangkumi kemampuan seperti pemikiran yang kreatif dan kemahiran.Kemahiran tu termasuklah dalam penggunaan tipografi.Apa itu tipografi pulak?hehe nt akan cerita kemudian lepas habis cerita tntg grafik(basic).Selain itu,kemahiran dalam pengolahan gambar.Macam mana pulak nak mahir dlm pengolahan gambar?Ok yg itu pulak kita wajib lah tahu dan mahir tentang perisian2 yang digunakan dalam graphic design nie.And then,kita juga wajib tahu tntg page layout.Iaitu macam mana kita nak atur kan atau mereka tata ruang yang suit dgn design yg kita nak buat 2.Pereka grafik a.k.a graphic designer akan menata huruf atau text dan juga ruang komposisi dalam design tersebut utk mencipta sebuah karya atau design yang efektif dan komunikatif.Reka bentuk grafik ni juga merangkumi segala bidang yg menterjemah bahasa verbal kepada visual melalui teks dan gambar dengan menggunakan pelbagai media publikasi utk disampaikan mesej2 kepada komuniti2 atau pun masyarakat dengan lebih efektif. 

Tipografi:huruf

Layout:tata ruang

Perisian-perisian berkaitan:

LOGO Adobe Photoshop CS4 Extended adobe_illustrator_logo 5bBawN adobe indesign logo Adobe-Dreamweaver-CS3-icon vy73092

Adobe Photoshop        Adobe Illustrator      Adobe Flash Professional       Adobe In Design          Adobe Dreamweaver    Adobe After Effects

dan banyak lagi..^_^

Ok setakat ni sja.Nanti umie akan share lagi apa2 yang umi dpt.salam^_^



Read Users' Comments ( 0 )

Cover Majalah

EDIT COVER MJLH editmjlhfikh

Salam,hye..tadi duk cari2 tengok2 balik assignment lama masa sem 1 dulu,terjumpa lah balik gamba ni.Teringat pulak masa awal2 blaja dulu.I’m start from zero.X tau apa2 masa 2.Susah senang sendiri je.Belajar pun sendiri je.Memang masa tuh rasa down,tap tulah permulaan.Daripada x tau apa2 jadi banyak tau.^_^.Act cover majalah cam nie lebih suit buat dkt ilustrator,tapi al-maklumlah,masa dlu x tau sgt lagi.hehe.F.A (final artwork) dia pun tah pape,huhu.Tahap biasa2 je.^_^



Read Users' Comments ( 0 )